Seorang suami mengadu rezekinya asyik
sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha
macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah
jer..kenapa yer ustaz?
Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan
datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga
solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada
Allah dulu. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita
ada kaitan dengan isteri.
Jawab saya bagaimana keberkatan nak
datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang
setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan
dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.
Jika kita sakitkan kucing atau tipu
kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat
salah. Inikan pula isteri kita..
Saya lihat dalam hidup ini semua orang
yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri
mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup
jadi serba tak kena.
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya
Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya
tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya.
Saya buat apa yang dia suka.
Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa
kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap
rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada
isteri tak?
Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.