Salam kepada pembaca yang budiman,
Berikut
adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk
mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu
sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut
sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit.
Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan
cepat-cepatlah berubat.
1. Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.
Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.
Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan
air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka
ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan
setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari
sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak
muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis
racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam
sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan
meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan
ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang
kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya
dengan izin-Nya.
1. SURAH ASY SYUARAA’: AYAT 95 hingga 118.
2. SURAH AR RA’D: AYAT 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.
4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.
5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,